[logiciel creation site] [creation site web] [creation site internet] [PHKKS - Home]
[PHKKS - Objektif]
[PHKKS - Aktiviti]
[PHKKS - Galeri & Video]
[PHKKS - Fakta]
[PHKKS - Contact]
[PHKKS - Sumbangan & Borang]


The Pioneer























Noraniza binti Mohamed Ramly(28 tahun) telah mengikuti latihan terapi dan pembelajaran khas di Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh(PHKKS) selama 20 tahun. Beliau berasal dari Kg.Manjoi,Ipoh,Perak dalam kesempitan hidup keluarganya yang miskin. Pada awalnya beliau langsung tidak mampu bergerak dan hanya dibantu oleh keluarganya untuk membawanya berjalan. Setelah mengikuti latihan pemulihan terapi di PHKKS, beliau kini boleh menggerakkan seluruh anggotanya dengan menggunakan bantuan alat terapi khas & kerusi beroda.


Noraniza mengalami penyakit yang dipanggil Hydrocephalus(Acquired Hydrocephalus)-atau yang dipanggil kepala besar- iaitu pengumpulan cecair CSF yang berlebihan dalam ruang kronium kepala akibat dari gangguan sistem sirkulasi CSF. Komplikasi dari penyakit ini telah menyebabkan mortaliti, keterencatan pemikiran dan kecacatan fizikalnya. Ketika umur 12 tahun, beliau menjalani rawatan pembedahan di hospital bagi memasukkan tiub(One way Valve) untuk mengoptimakan ICP cecair CSF didalam kepalanya. Kini beliau sentiasa menjalani rawatan susulan setiap masa bagi mengelakkan komplikasi pembedahan seperti pendarahan ventrical,tersumbat,infeksi dan valve tersebut terkeluar dari tempat asal.


Noraniza adalah salah seorang dari seramai lebih 60 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yang seumpamanya di PHKKS. Beliau adalah warga tertua di PHKKS iaitu selama 20 tahun menjalani rawatan pemulihan dan mengikuti pelajaran khas. Noraniza adalah seorang yang ceria, bermula dari seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang keyakinan diri akibat dari masalah keterencatan yang dialami. Terkini, Noraniza mahir melukis, mengira dan boleh menyanyi dan sentiasa penuh dengan keyakinan dirinya serta mesra bergaul dengan masyarakat untuk meneruskan kehidupan dengan dorongan dari keluarga, guru-guru serta sukarelawan sukarelawan di PHKKS.