[logiciel creation site] [creation site web] [creation site internet] [PHKKS - Home]
[PHKKS - Objektif]
[PHKKS - Aktiviti]
[PHKKS - Galeri & Video]
[PHKKS - Fakta]
[PHKKS - Contact]
[PHKKS - Sumbangan & Borang]

Borang Sumbangan

Sumbangan dari anda amatlah diperlukan bagi membantu menguruskan kanak-kanak istimewa di PHKKS.

Setiap sumbangan kepada PHKKS dikecualikan dari cukai pendapatan. ( Ruj: LHDN 01/35/42/51/179-6.4405 )


Cara untuk membuat sumbangan:


1. Muat turun borang sumbangan. Sila isikan maklumat seperti yang tertera didalam borang dan hantarkan cek sumbangan tersebut menggunakan courier/poslaju. PHKKS memohon supaya tidak menggunakan surat pos biasa kerana kerap kehilangan dan rosak.


2.  Sumbangan terus melalui akaun bank / online transfer.

     No.Akaun CIMB Bank Berhad - 8004968923 - PUSAT HARIAN KANAK-KANAK SPASTIK

     atau

     No.Akaun OCBC Bank Berhad - 7211087138 - PUSAT HARIAN KANAK-KANAK SPASTIK BANDAR IPOH

Sila muat turun borang sumbangan tersebut dan isikan maklumat seperti yang tertera didalam borang, dan email kepada donation@phkks.org atau faks ke nombor 05-3223518 bersama slip bank/nombor rujukan bank.


Resit rasmi akan dikeluarkan kepada penderma dan akan diposkan dalam masa 7 hari waktu bekerja selepas menerima sumbangan tersebut.


Pusat ini juga amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan seperti barangan runcit, alatan tulis, perabot, komputer  serta lain-lain yang berfaedah untuk digunakan oleh mereka yang kurang bernasib baik.


Berikut adalah senarai barangan runcit yang diperlukan:


Barangan makanan/runcit:


Beras,minyak,milo,susu pekat,gula/garam,mee segera(maggi)/bihun,tepung,kicap/sos,biskut,kopi/teh dan sardin.


Alatan tulis:


Buku single line/square line/drawing pad/writing pad, pensil/pensil warna,pen,pembaris,water colour,white board dan marker.


Peralatan Terapi:


Kerusi Beroda,walking aids,folding rollator & tilam terapi(mattress bed).



Pusat ini juga memerlukan sumbangan sebuah van untuk kegunaan pengangkutan harian. Pada ketika ini hanya terdapat sebuah van yang yang telah usang dan kerap mengalami kerosakan dan hanya mampu mengangkut 6 orang kanak-kanak sahaja.


PHKKS amat mengalu-alukan orang ramai melawat melihat aktiviti aktiviti yang dilakukan sambil beramah mesra dengan kanak-kanak di pusat ini.

Sila hubungi pegawai bertugas, Encik Shamsul atau Puan Saiyiditina Aisah di nombor 011-3225 8181 atau email info@phkks.org untuk maklumat lanjut dan pengesahan temu janji.


Waktu lawatan di PHKKS :

Isnin  -  Jumaat

9.00AM - 1.00PM