[logiciel creation site] [creation site web] [creation site internet] [PHKKS - Home]
[PHKKS - Objektif]
[PHKKS - Aktiviti]
[PHKKS - Galeri & Video]
[PHKKS - Fakta]
[contact]

DOWN SYNDROM - MAKLUMAT & FAKTA


Apa itu Down Syndrom?


Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).


Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?


Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".


Apakah ciri-ciri Sindrom Down?


Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.


SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER


Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.


SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN


Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".


SIFAT PADA KAKI


Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.


SIFAT PADA OTOT


Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.


Masalah-masalah yang berkaitan:

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus.


MASALAH JANTUNG


Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.


MASALAH USUS


Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti:

a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir.


b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.


c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.


MASALAH PERUBATAN YANG LAIN


Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.


MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN


Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.


LEMBAM (SLOW LEARNER)


Definisi


Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.


Ciri - ciri:


- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.

- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.

- Sukar menerima arahan.

- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.

- Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar.

- Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis.

- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.

- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.

- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun

- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah

- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.

- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.

- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.

- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.


Punca:


- Baka

- Tersekat pengalaman

- Intelek yang rendah

- Masalah emosi

- Kekecewaan

- Rasa rendah diri

- Kemantangan yang lambat

- Lemah daya ingatan

- Mudah terganggu tumpuan

- Kurang rangsangan

- Faktor-faktor kesihatan

- Persekitaran

- Amalan makanan

- Kesan semasa mengandung

- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.

- Ubat semasa mengandung.

- Kemalangan.

- Sosio - ekonomi.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


- Temubual

- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan

- Mewujudkan suasana pengajaran - pembelajarn yang sesuai / menyeronokkan

- Senang ke susah.

- Konkrit ke abstrak.

- Melibatkan seberapa banyak pancaindera

- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.

- Jauhkan dendaan yang negatif


CEREBRAL PALSY (KERENCATAN OTAK)


Cerebral bermakna otak dan Palsy ialah kurang daya kawalan ke atas otot-otot. Cerebral Palsy (atau lebih dikenali sebagai Spastik) ialah suatu keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak yang lazimnya berlaku :


1. Sebelum kelahiran


Jangkitan dalam rahim. Ibu mengalami Darah Tinggi, Kencing Manis, Kurang Darah, dsbnya. ketika mengandung. Pendarahan teruk & kronik ketika mengandung.


2. Semasa proses kelahiran


Kelahiran tidak cukup bulan, Kecederaan semasa lahir, Lemas semasa lahir dan Jangkitan semasa lahir .


3. Selepas kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)


- Meninggitis (jangkitan kuman diselaput otak) - demam kuning.

- Jaundis yang teruk (kemicterus),

- Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan & penganiayaan fizikal. Seorang kanak-kanak cerebral palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran, tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latarbelakang sosial.


Tanda-tanda :


- Bayi kelihatan lembik (floppy)

- Lewat perkembangan

- Menggunakan sebelah tangan (hand preference)

- Masalah menusu

- Kerap menangis, meragam, merengek tanpa sebab, ataupun terlalu diam & kurang tindakbalas terhadap rangsangan.

- Refleks primitif yang kekal

- Sembelit

- Cepat marah

- Jenis-Jenis Kerencatan Otak

- Spastik - otot menjadi kejang

- Kanak-kanak Cerebral Palsy yang spastik mempunyai otot badan tertentu mengikut jenis. Ini menyebabkan bahagian badan yang terlibat keras dan susah untuk dikendalikan.

- Spastik Quadriplegik CP - di mana kedua kaki dan lengan terlibat

- Spastik Hemiplegik CP - di mana sebelah tubuh terlibat

- Spastik Diplegik CP - di mana kedua kaki terlibat dan kedua lengan dan tangan terlinat secara minima.

- Athetoid - pergerakan yang tidak dapat dikawal

- Ataxia - gaya berjalan / duduk yang tidak stabil

- Hypotonik - otot lembik

- Campuran sifat- sifat di atas.


Masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak CP


- Terjejas pusat kawalan otot di otak

- Kecacatan Fungsi (motor / deria / persepsi / terencat akal )

- masalah koordinasi - pergerakan badan / pergerakan tangan

- masalah gerak badan yang kekok, janggal, tidak dapat mengimbang badan, menggeletar dan menyeringai.

- Kekejangan, terencat akal, penglihatan kabur , pekak -juga dialami oleh kanak-kanak ini.

- Kesulitan untuk menghisap dan menelan.

- Lain-lain masalah :

* komunikasi -pertuturan

* pendengaran

* pembelajaran

* penglihatan

* sawan tarik

* masalah tingkahlaku -meragam