[logiciel creation site] [creation site web] [creation site internet] [PHKKS - Home]
[PHKKS - Objektif]
[PHKKS - Aktiviti]
[PHKKS - Galeri & Video]
[PHKKS - Fakta]
[PHKKS - Contact]
[PHKKS - Sumbangan & Borang]

AKTIVITI - AKTIVITI


Jualan Amal bagi mengutip Tabung Kebajikan Pusat


Pekerjaan tangan/Kraftangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak di pusat ini seperi Tabung,Lukisan,Pen&Aalatan tulis,buku cenderahati dan sebagainya akan dijual melalui Majlis Jamuan Amal & Majlis Jamuan Kanak-Kanak Spastik. Hasil dari jualan akan disalurkan terus ke dalam Tabung Kebajikan Pusat bagi membiayai segala tanggungan dan aktiviti Pusat.



Lawatan Sambil Belajar/Aktiviti Riadah


Lawatan sambil belajar/aktiviti riadah diadakan setiap 3 bulan sekali ke tempat bersejarah, tepi laut, zoo & kawasan reakreasi,ibu negara dan sebagainya. Pihak Pusat memperuntukkan perbelanjaan secukupnya bagi membiayai aktiviti ini seperti sewa kenderaan,tempat tinggal dan makan minum untuk kanak-kanak serta keluarga mereka.



Jamuan Perayaan


Setiap tahun jamuan perayaan pelbagai kaum diadakan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan juga Hari Kebangsaan bagi menyambut mereka yang kurang bernasib baik. Ianya bertujuan memupuk semangat muhibbah dan perpaduan pelbagai kaum sesama mereka juga bagi memperingati setiap individu agar tidak mengabaikan mereka yang kurang bernasib baik. Justeru itu, Pihak Pusat pada setiap sebelum perayaan berlangsung akan menubuhkan Tabung Perayaan tersebut untuk mengutip sumbangan yang akan digunakan bagi membeli pakaian baru, kuih muih, keperluan barang dapur, wang saku/duit raya/ang pow dan mengadakan jamuan kepada kanak-kanak ini.



Sukan Tahunan/Sambutan Hari Kanak-Kanak/Sambutan Ulangtahun


Seperti aktiviti jamuan perayaan, Sukan Tahunan & Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut setiap tahun pada bulan Oktober/November. Pihak Pusat memperuntukkan perbelanjaaan bagi membiayai acara acara sukan tahunan seperti olahraga pralimpik,merentas desa, bolasepak serta berbagai acara lagi.


Sambutan Ulangtahun iaitu Ulangtahun Penubuhan Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik, diadakan setiap tahun pada bulan September. Pihak Pusat telah menubuhkan Tabung Sumbangan Ulangtahun Penubuhan Pusat bagi mengutip sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan berbagai bagai aktiviti seperti Jamuan Kesyukuran, aktiviti riadah & sukan, menjejak harta karun, telematch dan persembahan nyanyian/lakonan/drama dari kanak-kanak-kanak di Pusat ini.



Lain-Lain Aktiviti


Lain-lain aktiviti adalah seperti Gotong Royong membersihkan Kawasan Pusat, Kelas Bimbingan Agama/Fardhu Ain dan Kempen/Seminar/Kaunseling Down Syndrome diadakan pada setiap minggu di Pusat ini. Setiap Ibubapa kanak-kanak istimewa ini dijemput bagi menjayakannya bersama kakitangan Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik dan Ahli Ahli Jawatankuasa Pusat.