[logiciel creation site] [creation site web] [creation site internet] [PHKKS - Home]
[PHKKS - Objektif]
[aktiviti]
[Galeri]
[fakta]
[contact]

OBJEKTIF PENUBUHAN PHKKS



    Membantu dan menolong kanak-kanak Spastik(yang cacat anggota,down syndrome,slow learner,monggolic,dsb..), kanak-kanak miskin dan kanak-kanak yatim seperti memberi latihan anggota(terapi), akademik, pra-sekolah, latihan kemahiran hidup dan bantuan kemanusiaan.






    Membantu dan menolong kepada Ibubapa/penjaga kanak-kanak Spastik dan kanak-kanak miskin yang memerlukan bantuan.






    Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap kanak-kanak Spastik atau kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik, seperti yang mengalami kecacatan seluruh anggota dan juga bagi kanak-kanak yang terlalu miskin.






    Memberi kesedaran dan kerjasama kepada Ibubapa/penjaga kanak-kanak Spastik supaya dapat membantu kanak-kanak tersebut berkebolehan dan melengkapkan diri mereka sendiri setanding dengan kanak-kanak yang normal.






    Melatih serta mendidik kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini memperoleh kelakuan yang bersopan, membina perhubungan yang memuaskan diantara masyarakat sekitar, berupaya mencapai perkembangan fizikal dan sosial, menggunakan waktu kelapangan yang berguna serta mewujudkan kesihatan mental yang positif dengan cara menggalakkan kanak-kanak dalam segala aktiviti mereka.






Mendapatkan penaja atau penderma daripada orang perseorangan dan tokoh-tokoh tempatan untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan, serta mendapat kebenaran dari pendaftar pertubuhan