[logiciel creation site] [creation site web] [creation site internet] [PHKKS - Home]
[PHKKS - Objektif]
[PHKKS - Aktiviti]
[PHKKS - Galeri & Video]
[PHKKS - Fakta]
[PHKKS - Contact]
[PHKKS - Sumbangan & Borang]

Mengenai Kami / About us

Pusat Harian kanak-kanak Spastik Bandar Ipoh(PHKKS) telah ditubuhkan pada Oktober 1988 dengan pengasasnya iaitu Y.B.H.G. Datin Seri Hajjah Maria Binti Mahmud( isteri kepada bekas Menteri Besar Perak pada tahun 1977 hingga 1983 iaitu Allahyarham Dato' Seri Wan Mohamed bin Haji Wan Teh) yang mana beliau telah mendermakan sebuah bangunan yang dijadikan sebagai pusat jagaan bagi kanak-kanak cacat tersebut.Bermula dengan hanya seramai 5 orang kanak-kanak cacat sahaja pada awal penubuhannya, PHKKS kini telah berkembang dan sekarang mempunyai seramai 60 orang kanak-kanak cacat dan kanak-kanak miskin yang berada dibawah jagaan dan seliaan pusat ini.


PHKKS adalah merupakan sebuah Organisasi yang telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 (No.Pendaftaran : PPM-003-08-28091988) Objektif utamanya antara lain adalah untuk membantu dan menolong kanak-kanak spastik ( down syndrome, terencat akal, cacat anggota dan sebagainya) seperti memberi latihan anggota, latihan akademik serta latihan pra-sekolah .Disamping itu juga, PHKKS turut membantu kanak-kanak yang terlalu miskin dengan menyalurkan bantuan kewangan atau sebagainya hasil dari menjalankan kerja-kerja amal yang bermotifkan kebajikan.


PHKKS mendapat sumber kewangan mereka melalui derma-derma daripada individu,badan-badan korporat,syarikat-syarikat swasta dan pihak-pihak yang prihatin akan mereka yang memerlukan. Melalui bantuan kewangan inilah kanak-kanak di PHKKS dapat menguruskan kanak-kanak serta pentadbiran PHKKS. Sebagai masyarakat yang penyayang, PHKKS dapat menjalankan kegiatan amalnya dengan mengadakan aktiviti-aktiviti, program-program kemasyarakatan yang antaranya seperti menyambut hari-hari perayaan, program lawatan sambil belajar, kursus dan seminar serta motivasi, jamuan-jamuan sempena hari sambutan peristiwa, membeli peralatan terapi (seperti kerusi beroda, 'walking aid' dll.).


Sehingga kini,PHKKS telah banyak menyumbangkan khidmat mereka kepada pusat ini dan bantuan serta kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk ibubapa kanak-kanak cacat dan miskin telah banyak membantu dalam merealisasikan dan memajukan pusat ini untuk menjadi sebuah organisasi yang penting bagi memainkan peranan membantu masyarakat yang kurang bernasib baik. Berasal dari sebuah bangunan yang kecil dan usang, PHKKS telah berwajah baru dan diperbesarkan bagi menempatkan lebih ramai kanak-kanak cacat dan kanak-kanak miskin yang sedia ada dan yang akan datang.


Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh,Perak (PHKKS) was founded in October 1988 by Y.B.H.G Datin Seri Hajjah Maria binti Mahmud (wife of the former Minister of Perak (1977-1983), the late Y.B.H.G Dato' Seri Wan Muhammad Pawanteh). She has donated a building for the unfortunate, handicapped and poor children. It begin with 5 handicapped childrens, PHKKS has expered the number and now it consist almost 60 handicapped and poor childrens staying under this centre.


PHKKS is an non-profit organization registered under Organization Act 1966 (Registered no: PPM-003-08-28091988). The main objective is to help spastic children (down syndrome, slow learner etc.) such as giving physical therapy, academic and pre-school training. PHKKS also help very poor children by giving them financial help or using revenue earned from donation activities and charity work.


PHKKS get their financial source based on donation from individuals, corporate sector, public company and other parties who concern about them. Using this fund, PHKKS can manage all the children and staffs successfully. PHKKS also organize some charity works & community programs such as to celebrate a special occasion, a trip program, seminar, motivation activities, to purchased an equipment (such as wheel chairs, walking aid etc.) and other useful charity activities.